MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM JATI DIRI PELAJAR-PELAJAR TERPILIH SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERLIS TAHUN 2025
Tarikh : 06 Julai 2025 (Ahad)
Tempat : Kem Rejimen 504, Bukit Keteri
DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Kem Jati Diri Pelajar-Pelajar Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis Tahun 2025 bertempat di Kem Rejimen 504, Bukit Keteri.
Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan Isteri, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato' Johari bin Mohd Darus, Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pendidikan), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Lt. Kolonel Lasahi bin Laiji, Timbalan Komander Kem 504 Askar Wataniah, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis, YBrs. Tuan Rose Aza bin Che Ariffin, Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kem Jati Diri ini merupakan anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dan Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Rejimen 504 Askar Wataniah Kem Bukit Keteri telah berlangsung selama 3 (tiga) hari bermula pada 4 Julai hingga 6 Julai 2025 bertempat di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri.
Kem ini diadakan bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni, semangat jati diri dan meningkatkan keyakinan serta motivasi dalam kalangan pelajar. Kem ini juga dapat membentuk sahsiah dan jati diri pelajar dalam melahirkan generasi yang berwibawa dan berdaya saing di masa hadapan.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan perasmian penutupan kem jati diri pelajar dan mengurniakan sijil kehadiran kepada pelajar-pelajar yang telah hadir menyertai kem jati diri ini.
Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah, wakil-wakil Jabatan, Ibu bapa, Pelajar-Pelajar dan urus setia program tersebut.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

