KARNIVAL KERJAYA, PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN MYFUTUREJOBS PERKESO NEGERI PERLIS 2025

Tarikh : 21 Jun 2025 (Sabtu)

Lokasi : Dewan Warisan, Kangar Perlis

YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Karnival Kerjaya, Pendidikan dan Keusahawanan MYFutureJobs PERKESO Negeri Perlis 2025 bertempat di Dewan Warisan, Kangar Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis YBhg. Dato' Haji Asri bin Ab Rahman, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan dan Encik Ahmad Firdaus bin Hashim, Pengarah PERKESO Negeri Perlis.

Karnival anjuran PERKESO ini memainkan peranan yang amat penting dalam membantu rakyat, khususnya di Negeri Perlis, untuk mendapatkan pekerjaan. Melalui platform MYFutureJobs, PERKESO menyediakan Khidmat kaunseling kerjaya, padanan pekerjaan, latihan kemahiran serta bimbingan secara berterusan kepada golongan pencari kerja.

Karnival ini bukan sekadar platform pencarian kerja, tetapi juga satu medan untuk membina masa depan, sama ada melalui peluang kerjaya, pendidikan lanjutan, mahupun bidang keusahawanan yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda. Lebih 2,000 jawatan kosong ditawarkan dalam karnival kerjaya melalui sesi temu duga secara langsung.

Pada program ini, dua inisiatif penting yang ditawarkan oleh PERKESO dalam usaha memperluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat Malaysia, antaranya Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menerusi SPS Padanan Caruman yang merupakan satu bentuk bantuan pembiayaan oleh kerajaan bagi orang bekerja sendiri (OBS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), satu usaha murni untuk memastikan para suri rumah turut mendapat perlindungan keselamatan sosial.

YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah merasmikan Karnival Kerjaya, Pendidikan dan Keusahawanan MYFutureJobs PERKESO Negeri Perlis 2025 dengan menyempurnakan Gimik perasmian dan menyampaikan Surat Tawaran Pekerjaan serta Faedah PERKESO kepada penerima yang terlibat.

Hadir sama dalam karnival ini ialah Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil jabatan, pengunjung-pengunjung serta Urus setia karnival kerjaya.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR