MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM “WOMEN IN SEARCH OF EXCELLENCE (WISE)-EMPOWERING WOMEN, ELEVATING BUSINESS”
Tarikh : 01 Jun 2025 (Ahad)
Lokasi : Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis.
Lokasi : Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis.
DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah Sempena Kejohanan Ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royal Seven 2025 bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan dan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 DYMM Tuanku Raja Perlis.
Turut hadir bersama YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Belia dan Sukan), YBhg. Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin, Interim Presiden MNRB Holdings Berhad dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS General Berhad, Encik Mohd Azraai bin Tusimin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis dan Encik Mohd Hafiz bin Zainon, Pengarah Kejohanan Perlis Royal Seven 2025.
Persatuan Ragbi Perlis dengan kerjasama penuh dengan Kerajaan Negeri Perlis, telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Takaful IKHLAS Perlis Royal Seven 2025 bermula 31 Mei hingga 01 Jun 2025 bertempat di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.
Kejohanan edisi 2025 ini menampilkan tiga (03) kategori utama iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Bawah 20 Tahun dan Wanita Terbuka. Tambahan kategori ini menunjukkan pertumbuhan berterusan minat terhadap sukan ragbi khususnya dalam kalangan wanita dan pemain muda di samping penyertaan pasukan dari Indonesia dan Thailand sekali gus mengangkat status kejohanan ke peringkat antarabangsa.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyaksikan perlawanan Akhir bagi Kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka dan mengurniakan hadiah kepada MBDK Royal Town Worriors, Johan bagi kategori Lelaki Terbuka manakala Bunga Raya Seven Ladies bagi Kategori Wanita Terbuka dan Johan bagi kategori bawah 20 Tahun dimenangi oleh SSTMI (Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail.
Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Penaja-Penaja dan peserta Kejohanan Ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royal Seven 2025.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

