MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM “WOMEN IN SEARCH OF EXCELLENCE (WISE)-EMPOWERING WOMEN, ELEVATING BUSINESS”

Tarikh : 04 Jun 2025 (Rabu)

Lokasi : Hotel Seri Malaysia, Kangar Perlis.

DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Program “Women In Search Of Excellence (WiSE) – Empowering Women, Elevating Business” bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah, MARA Negeri Perlis.

Pejabat MARA Negeri Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah telah menganjurkan program “Women In Search Of Excellence (WiSE) – Empowering Women, Elevating Business”yang bertujuan melonjakkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan seterusnya memperkasakan wanita dalam arus pembangunan ekonomi negara.

Program perasmian penutup telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda dengan menyempurnakan simbolik perasmian penutup serta pengurniaan Cek Cura kepada Usahawan-Usahawan yang menerima kemudahan dari pihak MARA. Majlis turut dipersembahkan dengan tayangan video Program Usahawan MARA dan Persembahan Kebudayaan serta MIF 'Fashion Show'.

Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil jabatan, Usahawan-Usahawan dan Urusetia Program.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR