MAJLIS PERASMIAN PUSAT REPOSITORI TUANKU TENGKU FAUZIAH

Tarikh : 22 Mei 2025 (Khamis)

Lokasi : Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis

DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pusat Repositori Tuanku Tengku Fauziah di Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis, Kuala Perlis. Turut berangkat mengiringi YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis, Dato’ Seri Datin Paduka Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Perpustakaan Negara Malaysia (PN) telah membangunkan PRPNM-Perlis yang berkeluasan 6,802kps diatas sebahagian tanah Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis. Pembinaan Bangunan ini telah bermula pada 25 Oktober 2022 dan siap dibina pada 15 April 2024.

Pusat Repositori Tuanku Tengku Fauziah merupakan Pusat penyimpanan luar dan rujukan Koleksi Negara Zon Utara bagi memelihara dan memulihara khazanah warisan intelek negara untuk rujukan generasi masa kini dan akan datang. Pusat Repositori Tuanku Tengku Fauziah memberi manfaat dan peluang kepada masyarakat di Negeri Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis melalui penggunaan dan rujukan koleksi bahan perpustakaaan yang diterima dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Pusat Repositori Tuanku Tengku Fauziah dan berkenan melawat ke sekitar Pusat Repositori.
Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Perpaduan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan wakil-wakil yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR