SAMBUTAN HARI KERJAYA TVET ILKBS ZON UTARA 2025

Tarikh : 24 Mei 2025 (Sabtu)

Lokasi : Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis

YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Sambutan Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Utara 2025 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKP), KBS, Puan Zaliha binti Abu Bakar, Pengarah IKBN Kuala Perlis, Encik Rose Aza bin Che Ariffin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Encik Ahmad Firdaus bin Hashim, Pengarah PERKESO Negeri Perlis.

Sambutan ini dianjurkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis dan diadakan bertujuan untuk meyedari bahawa Pendidikan dan Latihan teknikal dan vokasional atau TVET merupakan antara teras penting dalam pembangunan. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti aktiviti Gerai Jualan, Autoshow kereta inovasi, Jualan Madani (KPDNKK), Pameran Industri dan Agensi, Pertandingan Scafffolding serta Pameran Senjata dan promosi kemasukan Askar Wataniah (ATM).

Seterusnya, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah merasmikan Sambutan Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Utara 2025 dan seterusnya dibawa melawat ke reruai Pameran Industri dan Agensi.

Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan, Pengarah-pengarah IKBN, Pegawai-pegawai Kanan yang terlibat serta wakil-wakil jabatan dan urus setia majlis tersebut.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR