MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI (MPT) DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BILANGAN 2 TAHUN 2025

Tarikh : 21 Mei 2025 (Rabu)

Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2025.

Tujuan utama pelaksanaan mesyuarat ini adalah sebagai medium komunikasi di antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/ Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan maklum balas isu-isu/ pelaporan perkembangan tindakan terkini jabatan/ bahagian berkaitan fungsi jabatan/ bahagian masing-masing.

Dalam mesyuarat ini, Encik Abd Halim bin Abu Othman, Eksekutif Kanan NRW, Syarikat Air Perlis dan Encik Mohd Husni Za'im bin Mohd Said, Timbalan Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis telah membentangkan kertas pertimbangan/ makluman berkaitan jabatan/ bahagian masing-masing.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, Encik Ahmad Sabri bin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Perancangan), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, YBrs. TS. Dr. Aisa Azira binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (ICU), Encik Wan Ahmad Fazli bin Wan Kamis, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT).
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR