FAMILY FUN WALK SEMPENA PROGRAM PAMERAN RAJA KITA

Tarikh : 18 Mei 2025 (Ahad)

Lokasi : Dewan 2020, Kangar

YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Isteri YBhg. Datin Musidah binti Mohid@Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis telah hadir ke Family Fun Walk Sempena Pameran Raja Kita bertempat di Dewan 2020, Kangar Perlis. Turut hadir bersama YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) dan Encik Azmi bin Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Program ini bertujuan menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan mengukuhkan Institusi kekeluargaan yang telah disertai dari pelbagai lapisan peringkat umur.

Selain Family Fun Walk, pelbagai aktiviti lain telah diadakan antaranya Pertandingan Mewarna dan Cabutan Bertuah serta Senamrobik yang dikendalikan oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis. Disamping itu juga telah diadakan Pameran Raja Kita bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis di dalam Dewan 2020.

YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah melakukan pelepasan peserta Family Fun Walk. Sesuai itu, YB Dato' SUK telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna serta cabutan bertuah dan telah Melawat ke Pameran Raja Kita.

Hadir sama dalam program ini Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil-wakil jabatan, peserta family fun walk dan urus setia program Family Fun Walk.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR