MESYUARAT KHAS PEMBANGUNAN NEGERI PERLIS BERSAMA YAB PERDANA MENTERI
Tarikh : 27 April 2025 (Ahad)
Lokasi : Bilik Gerakan Persekutuan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, Kangar Perlis
Lokasi : Bilik Gerakan Persekutuan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, Kangar Perlis
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Perlis Bersama YAB Perdana Menteri bertempat di Bilik Gerakan Persekutuan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, Kangar Perlis.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Mesyuarat ini bertujuan bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi agenda pembangunan negara serta meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sesi Taklimat Pembangunan Negeri telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perlis.
Hadir sama dalam mesyuarat ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Wakil-Wakil Jabatan.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

