MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BAGI LAPORAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2040 (KAJIAN SEMULA)
Tarikh : 29 April 2025 (Selasa)
Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bagi Laporan Draf Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Tujuan utama pelaksanaan mesyuarat adalah untuk mempertimbangkan dan meluluskan Draf Laporan RSN Perlis 2040 sebelum ia dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan rasmi, seterusnya membolehkan proses program publisiti dan penyertaan awam dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Draf RSN Perlis 2040 (Kajian Semula) ini disediakan oleh PLANMalaysia Perlis dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), PLANMalaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai semula dasar-dasar perancangan fizikal negeri agar kekal relevan, berdaya saing serta selaras dengan dasar semasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Turut hadir sama dalam mesyuarat ini YBrs. TPr Dr. Mohamad Sabri bin Ahmad, Pengarah PLANMalaysia Perlis, YBrs. Puan Haslina Chan@Hassan, Pengarah, Pejabat Projek Zon Utara, PLANMalaysia, Yang Berusaha, TPr Wong Kam Lee, Pengurus Projek, Pejabat Projek Zon Utara, PLANMalaysia, YBrs. TPr Muhammad Nazri bin Jaafar, Ketua Perunding ANZ Planners Sdn. Bhd, Ketua-Ketua Jabatan / Agensi Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-setiausaha bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil-wakil jabatan yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

