PERJUMPAAN PERSATUAN FILATELI MALAYSIA BERSAMA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 28 April 2025 (Isnin)

Lokasi : Bilik Mesyuarat TSUK

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan daripada Tuan Goh Kien Boon, Naib Presiden Kanan & Pengerusi Pameran Filateli, Persatuan Filateli Malaysia.

Kunjungan ini adalah salam perkenalan dan memaklumkan berkenaan Persatuan Filateli Malaysia. Kunjungan itu juga turut membincangkan mengenai cadangan untuk menganjurkan Pameran Setem Peringkat Antarabangsa pada tahun 2026 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis. Pameran ini merangkumi setem-setem dan sampul surat yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

Hadir sama dalam kunjungan ini YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Nazrulizam bin Kamaruddin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, PSUK Perlis, Encik Mohd Faridzul bin Yop, Pengurus Perlis State Secretary Incorporation (PSSI) dan wakil dari Persatuan Filateli Malaysia.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR