PROGRAM SISIPAN TENTERA DARAT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL (SEGMEN MALAM)
Tarikh : 26 April 2025 (Sabtu)
Lokasi : Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.
Lokasi : Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.
DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, bersama DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, telah berkenan berangkat ke Program Sisipan Tentera Darat Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut berangkat bersama DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir bersama dalam majlis YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Mejar Jeneral Dato' Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman, Panglima 2 Divisyen Infantri Malaysia, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis, YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini bin Hj. Hashim, Panglima 30 Briged Infantri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Program Sisipan Tentera Darat Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ini merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri Perlis dengan Markas Briged 30 bagi menganjurkan pelbagai aktiviti untuk melibatkan penyertaan masyarakat awam. Kerajaan Negeri Perlis telah memainkan peranan dalam memberi bantuan kepada pihak Tentera dalam mengkoordinasikan hubungan antara agensi awam bagi merealisasikan Konsep Whole Of Government and Whole of Society (WOGOS).
Program Sisipan Tentera Darat 2025 bagi Segmen malam adalah pelaksanaan Persembahan TATU dan Pertunjukkan Payung Terjun dari Pasukan Khas. Dimeriahkan dengan persembahan-persembahan dari Angkatan Tentera Malaysia yang yang menggabungkan kehebatan ketenteraan, kesenian, teknologi dan semangat patriotik. Persembahan ini akan menampilkan Formasi Drone, Drumline TUDM, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Pertunjukan Anjing Perang, Gabungan Pancaragam Tentera Darat, PDRM, IPTA, Sekolah, Kawad Patung, Freefall, Tim Army Red Warrior, dan Pertunjukan Bunga Api. Kehebatan Akrobatik motosikal Tim Red Army Warrior terserlah apabila telah melakukan lompatan 25 buah kereta sebagai simbolik Pemerintahan 25 tahun DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis.
Seramai 25,000 orang telah memenuhi setiap ruang kosong di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar untuk menyaksikan kehebatan Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi awam yang lain dalam dalam mempersembahkan pelbagai acara secara bersama.
Hadir sama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pegawai-Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Wakil-Wakil Jabatan serta Urus setia Program Sisipan Tentera Darat 2025.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

