KEJOHANAN SIRKIT GOLF PENJAWAT AWAM NEGERI PERLIS 2025
Tarikh : 20 April 2025 (Ahad)
Lokasi : Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat, Perlis.
Lokasi : Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat, Perlis.
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir menyertai Kejohanan Sirkit Golf Penjawat Awam Negeri Perlis 2025 bertempat di Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat, Perlis. Turut hadir bersama menyertai kejohanan ini ialah YB Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan).
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Kelab Golf Perlis, telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Golf Penjawat Awam Negeri Perlis 2025. Kejohanan ini telah disertai seramai 48 orang penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Perlis. Tujuan kejohanan ini adalah untuk membudayakan sukan di kalangan penjawat awam dan menjalinkan hubungan kerjasama antara jabatan serta agensi.
Hadir sama menyertai kejohanan ini ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, wakil-wakil jabatan serta urus setia Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

