RUMAH TERBUKA AIDILFITRI CIMA 2025

Tarikh : 14 April 2025 (Isnin)

Lokasi : CIMA Perlis, Dewan K3, Bukit Keteri, Perlis

DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri CIMA 2025 bertempat di CIMA Perlis, Dewan K3, Bukit Keteri, Perlis.

Turut bersama dalam majlis ini YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK), YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis, YBhg. Dato' Zaiviji Ismail, Pengerusi CIMA Berhad, Encik Hairol Azizi Tajudin, Pengarah Urusan, CIMA Berhad dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CIMA 2025 diadakan bagi menyemarakkan semangat Aidilfitri sebagai simbol perpaduan, keharmonian dan keterangkuman dalam kalangan tetamu yang hadir serta mengukuhkan hubungan silaturrahim antara warga kerja CIMA dengan para pemegang taruh, termasuk wakil-wakil kerajaan, rakan perniagaan dan komuniti setempat.

Majlis ini juga bagi menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada pihak yang telah menyokong CIMA dalam melaksanakan tanggungjawab korporat di Negeri Perlis dan menampilkan komitmen CIMA dalam memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri serta menyokong pembangunan sosioekonomi setempat.

Hadir sama dalam majlis ini Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai kanan CIMA Berhad, Wakil-wakil jabatan, rakan perniagaan, warga kerja CIMA dan wakil-wakil yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR