MAJLIS AIDILFITRI MENTERI BESAR PERLIS DAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 1446H/2025M

Tarikh : 12 April 2025 (Sabtu)

Lokasi : Dewan 2020, Kangar, Perlis

DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, telah berkenan berangkat ke Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis 1446H/2025M di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Turut berangkat mengiringi, DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, YAM Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Turut bersama dalam majlis ini YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN) dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Majlis Aidilfitri ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pimpinan Kerajaan Negeri dengan rakyat di samping berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri. Sebanyak 33 gerai makanan dengan pelbagai aneka juadah telah disediakan oleh pelbagai Agensi dari Jabatan Negeri dan Persekutuan. Gerai tercantik telah dimenangi oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
YAB Menteri Besar Perlis telah mengumumkan bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, Kerajaan Negeri Perlis dengan ini berbesar hati mengisytiharkan Hari Khamis, 17 April 2025 bersamaan 18 Syawal 1446H sebagai Cuti Peristiwa. Pemberian Cuti Peristiwa ini adalah bagi meraikan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Dalam majlis itu juga, YAB Menteri Besar Perlis dan YB AMMK telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Majlis ini telah dihadiri seramai 35,000 pengunjung dari pelbagai lapisan umur dan kaum.
Turut sama dalam majlis ini, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil yang terlibat, serta rakyat pelbagai kaum.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR