MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PDRM KONTINJEN PERLIS TAHUN 2025

Tarikh : 13 April 2025 (Ahad)

Lokasi : Dewan Serbaguna IPK Perlis dan Perkarangan IPK Perlis

DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, telah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Perlis Tahun 2025 di Dewan Serbaguna IPK Perlis, Kangar Perlis. Turut berangkat mengiringi, DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut berangkat bersama anakanda Baginda, YAM Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Turut bersama dalam majlis ini YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN), YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Majlis Aidilfitri ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia Negeri Perlis dengan rakyat di samping meraikan kegembiraan bersama menyambut Aidilfitri. DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Perempuan Perlis serta diiringi DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis dibawa melawat ke gerai-gerai dengan pelbagai hidangan juadah makanan, dipersembahkan dengan majlis santapan juadah hari raya dan menyaksikan persembahan Pertunjukan Bunga Api.
Dalam majlis itu juga, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis telah berkenan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir serta menyaksikan persembahan Kebudayaan di Perkarangan IPK Perlis.
Turut sama dalam majlis ini, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM Perlis, wakil-wakil yang terlibat, serta rakyat pelbagai kaum.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR