MESYUARAT PASCA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI BILANGAN 1 TAHUN 2025
Tarikh : 13 Mac 2025 (Khamis)
Lokasi : Bilik Mesyuarat TSUK, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Lokasi : Bilik Mesyuarat TSUK, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Pasca Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat TSUK, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Tujuan utama pelaksanaan mesyuarat ini adalah sebagai medium komunikasi di antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/ Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan maklum balas dan membincangkan perkara yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Turut hadir bersama dalam mesyuarat YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Urus setia Mesyuarat Pasca Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

