PROGRAM KARNIVAL MADANI PDRM BERSAMA KOMUNITI
Tarikh : 01 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi : Kompleks PDRM Mata Ayer, Perlis
Lokasi : Kompleks PDRM Mata Ayer, Perlis
DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan berangkat ke Program Karnival Madani PDRM bersama Komuniti bertempat di Kompleks PDRM Mata Ayer, Perlis.
Turut berangkat bersama DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Turut hadir sama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bersama Isteri, YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Mantan Menteri Besar Perlis bersama Isteri, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Isteri, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YDH ACP Baderulhisham bin Baharudin, Timbalan Ketua Polis Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Karnival Madani PDRM bersama Komuniti dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Arau diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu keselamatan, membantu golongan memerlukan serta memupuk hubungan baik diantara agensi, masyarakat dan PDRM selari dengan slogan PDRM “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”. Program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024 – 2025.
DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis serta para tetamu telah dibawa melihat Pameran PDRM (JSPT, JSJ, JSJK, JSJN, Persenjataan), Pameran Jabatan Bomba Malaysia, Pameran APAM, Pameran Kereta Perisai ATM, Pameran TNB, Pameran dan Kaunter bergerak JPJ dengan Inisiatif Tawaran Kompaun Khas Kadar Rata RM 150.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama komuniti setempat antaranya Pertandingan Karaoke Terbuka, Pertunjukan Wayang Kulit, Larian Night Fun Run, Cabutan Bertuah, Jualan-Jualan, Kenduri Gotong-Royong Rakyat dan Pertunjukan Bunga Api.
Turut hadir pada majlis ini, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Wakil-wakil yang terlibat serta rakyat Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

