ISTIADAT PERSEMBAHAN WARKAH PERSILAAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL KEHADAPAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN DARUL NAIM
Tarikh : 03 Februari 2025 (Isnin)
Lokasi : Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Lokasi : Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berangkat mengadap Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Turut bersama dalam majlis ini YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.
Majlis mengadap ini adalah bagi Istiadat Persembahan Warkah Persilaan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Hadir sama dalam istiadat persembahan ini ialah Encik Ahmad Tarmizi bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Majlis, Protokol Dan Istiadat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBrs Ts. Khairul Anuar Ishak, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis dan Pegawai-Pegawai Pengiring, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

