ISTIADAT PERSEMBAHAN WARKAH PERSILAAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL KEHADAPAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tarikh : 28 Januari 2025 (Selasa)

Lokasi : Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

Yang Amat Mulia Tengku Syarif Bendahara Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Badaruddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berangkat mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Turut bersama dalam majlis YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YB Tuan Rushdan bin Rusmi, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Padang Besar Perlis.

Majlis mengadap ini adalah bagi Istiadat Persembahan Warkah Persilaan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Hadir sama dalam Istiadat persembahan ini ialah Puan Nurezira Mahadi, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei Darussalam, YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Zaliman bin Sauli, Naib Canselor, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Encik Ahmad Tarmizi bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Majlis, Protokol Dan Istiadat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Pegawai-Pegawai Pengiring, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Di pihak Negara Brunei juga antara yang turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar,Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, Timbalan Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri selaku Pemangku Grand Chamberlain Istana Nurul Iman.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR