MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN MEMORANDUM ANTARA PERLIS STATE SECRETARY INCORPORATION (PSSI) DENGAN SYARIKAT SIRAGE SKYVAST HOLDINGS SDN. BHD.

Tarikh : 15 Januari 2025 (Rabu)

Lokasi : Bilik Gunasama, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat hadir menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Antara Perlis State Secretary Incorporation (PSSI) dengan Syarikat Sirage Skyvast Holdings Sdn. Bhd bertempat di Bilik Gunasama, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Turut sama berangkat YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra.

Turut bersama hadir ke majlis ini ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis,YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK), YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dan YBhg. Dato' - Dato'.

Memorandum Persefahaman ini merupakan satu langkah awal dalam membangunkan Perlis Investment yang akan digerakkan oleh Perlis State Secretary Incorporation (PSSI).

Pelaburan yang menjadikan kawasan Chuping sebagai salah satu hab teknologi luar grid yang dirancang dengan strategik dan dikenali sebagai Bandar Teknologi Maju Perlis (Perlis Advance Tech Park – PATP). PATP yang melibatkan kawasan seluas 600 ekar, direka untuk menjadikan sebagai pusat data dan teknologi termaju yang beroperasi secara bebas daripada grid nasional (luar grid), menggunakan sistem tenaga berdedikasi yang merangkumi Loji Solar berkapasiti 1.6 GW, Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) 4.875 GW, dan Loji Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) 1 GW.

MoU ini dilihat akan memberikan beberapa manfaat kepada Negeri Perlis khususnya dalam memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Jangkaan peluang pekerjaan yang akan ditawarkan di antara 9,000 pekerja pada fasa pembinaan dan 2,000 pekerja sewaktu pengoperasian projek ini.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Setiausa-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil-wakil Agensi, Wakil Sirage Energy Sdn Bhd, Wakil Gaya Analisa Sdn Bhd serta wakil-wakil yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR