KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM, JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TERHADAP YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 13 Januari 2025 (Isnin)

Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Ribuan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan serta memaklumkan berkaitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) khususnya berkaitan Penguatkuasaan dan pematuhan yang menfokuskan kepada menjalankan operasi risikan ke atas anasir-anasir penyeludupan ke arah meningkatkan tindakan penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan.

Kunjungan juga membincangkan berkaitan isu perkastaman yang berbangkit dengan Kerajaan Negeri dalam usaha secara bersama-sama membangunkan ekonomi negeri Perlis. Timbalan Ketua Pengarah Kastam merupakan mantan Pengarah Kastam Negeri Perlis sebelum ini.

Turut hadir dalam kunjungan ini Tuan Abd Jalil Bin Mat Zain, Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Bahagian Penguatkuasaan, JKDM, Tuan Ismail bin Hashim, Pengarah Kastam Negeri Perlis, Tuan Mohd Munir bin Ishak, Ketua Bahagian Pematuhan, JKDM Negeri Perlis, Tuan Abdul Malik Bin Awang Kechik @ Ramli, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Negeri Perlis, Puan Dr Ku Azizah binti Ku Daud, Ketua Kastam Daerah Padang Besar, JKDM Negeri Perlis dan Puan Nur Hazwani binti Abdul Rahim, Ketua Cawangan Penguatkuasaan Kangar, JKDM Negeri Perlis
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR