MAJLIS MENGADAP TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Tarikh : 06 Januari 2025 (Isnin)

Lokasi : Seri Mutiara , Jalan Utama, Pulau Pinang

Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berangkat mengadap TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara , Pulau Pinang. Turut bersama dalam majlis YB Puan Gan Ay Ling, ADUN Indera Kayangan, Perlis.

Majlis mengadap ini adalah bagi Istiadat Persembahan Warkah Persilaan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Majlis mengadap turut dihadiri oleh YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Tarmizi bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Majlis, Protokol dan Istiadat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis, Tuan Syed Zaafir bin Syed Hamzah, Setiausaha Sulit Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis dan Pegawai-Pegawai Pengiring, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan MARA.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR