SESI PERJUMPAAN DAN AMANAT TAHUN BARU 2025 YAB PERDANA MENTERI

Tarikh : 03 Januari 2025 (Jumaat)

Lokasi : Bilik Gerakan 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Sesi Perjumpaan dan Amanat Tahun Baru 2025 YAB Perdana Menteri secara atas talian di Bilik Gerakan 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar Perlis. Turut hadir bersama dalam sesi ini, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Sesi Perjumpaan dan Amanat Tahun Baru 2025 telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya. YAB Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam yang telah mengekalkan prestasi terbaik pada tahun 2024 dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan berharap perkhidmatan awam di Malaysia dapat menjadi contoh di kalangan negara-negara yang berkembang maju.

Seusai mendengar amanat tahun baru 2025 YAB Perdana Menteri, YB Dato’ SUK telah mempengerusikan mesyuarat ringkas bagi membincangkan amanat YAB Perdana Menteri.

Hadir sama dalam sesi ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), dan YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Setiausaha-setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Agensi dan PBT dan Wakil-wakil Jabatan.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR