LAWATAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE JABATAN PERTANIAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 19 Disember 2024 (Khamis)

Lokasi : Bilik Mesyuarat Harumanis, Jabatan Pertanian Negeri Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Ketibaan YB Dato' SUK di Jabatan Pertanian telah disambut oleh Encik Hafidzuddin bin Othman, Pengarah, Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Lawatan kerja ke Jabatan Pertanian Negeri Perlis bertujuan untuk melihat dan mendengar berkaitan pengurusan dan halatuju Jabatan Pertanian dalam memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian. Pembentangan telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Sejurus itu, YB Dato' SUK dibawa melawat Pusat Produk Negeri Perlis ‘Ar-Rehlah’, tempat yang menjual produk pertanian dan produk-produk daripada usahawan di Negeri Perlis.
Hadir sama dalam lawatan ini ialah pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR