SESI PELEPASAN PASUKAN AA MOTORSPORT RALLY TEAM KE PERTANDINGAN RALLY ASAHAN MELAKA

Tarikh : 19 Disember 2024 (Khamis)

Lokasi : Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Sesi Pelepasan Pasukan AA Motorsport Rally Team ke Pertandingan Rally Asahan Melaka bertempat Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Turut hadir bersama ke Sesi Pelepasan ini YB Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pelancongan), YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Belia dan Sukan) dan YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Pasukan AA Motorsport Rally Team akan membawa cabaran ke Pertandingan Rally Asahan Melaka yang akan diadakan pada 21-22 Disember 2024 di Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh, dan Estet Nyalas, Kg Gubah, Asahan, Melaka. Penyertaan Pasukan AA Motorsport Rally Team mendapat sokongan Kerajaan Negeri dalam menyokong industri sukan permotoran di negeri Perlis. Sesi pelepasan telah disempurnakan oleh YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, AMMK (Pelancongan) bersama YB Dato SUK Negeri Perlis dan YB AMMK (Belia dan Sukan).

Hadir sama pada sesi pelepasan ini Encik Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah, Majlis Sukan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, dan Wakil-Wakil yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR