MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI (MPT) DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BILANGAN 3 TAHUN 2024
Tarikh : 17 Disember 2024 (Selasa)
Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 3 Tahun 2024.
Tujuan utama pelaksanaan mesyuarat ini adalah sebagai medium komunikasi di antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/ Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan maklum balas isu-isu/ pelaporan perkembangan tindakan terkini jabatan/ bahagian berkaitan fungsi jabatan/ bahagian masing-masing.
Dalam mesyuarat ini, Encik Hafidzuddin bin Othman, Pengarah, Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Encik Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah, Majlis Sukan Negeri Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Encik Nazrulizam bin Kamaruddin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, telah membentangkan kertas pertimbangan/ makluman berkaitan jabatan/ bahagian masing-masing.
Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Encik Khairul Amin bin Talib, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Perlis, YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, YBrs. TS. Dr. Aisa Azira binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (ICU) dan Puan Sharifah Nur Ashiqin binti Syed Aziz, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis serta Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT).
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

