LAWATAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)
Tarikh : 30 November 2024 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kawasan PPS SK Arau & PPS SK Guar Nangka
Lokasi : Sekitar Kawasan PPS SK Arau & PPS SK Guar Nangka
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, telah Melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sk Arau dan PPS Sk Guar Nangka hari ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau secara langsung keadaan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam memastikan keperluan mangsa banjir dipenuhi dengan baik. YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis, telah bertemu dengan mangsa-mangsa banjir dalam memberikan sokongan moral dan menekankan komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu proses pemulihan pasca banjir.
Pada masa yang sama, YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah diberi taklimat berkaitan kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir serta langkah-langkah susulan yang akan diambil oleh pihak berkuasa.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Ku Chik bin Ku Mat Esa, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, YBrs. Ir. Norikhwan bin Haji Abu Seman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, Encik Reswan bin Ramli, Penghulu, Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, pegawai-pegawai kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis(JKM), wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis dan wakil-wakil jabatan serta agensi yang terlibat dalam operasi pengurusan banjir.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

