MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446H/ 2025M

Tarikh : 26 November 2024 (Selasa)

Lokasi : Bilik Persidangan Ahmad Dawjee Dadahboy, Aras 22, MAIWP, Kuala Lumpur

Bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis, Kerajaan Negeri Perlis telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/ 2025M.

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk MTHQK bersama YB Senator Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan merancang bagi tindakan Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran yang akan diadakan di Negeri Perlis. Pihak JAKIM akan bekerjasama erat bersama Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikan penganjuran MTHQK 2025 akan berjalan dengan lancar.

Pada sebelah petang telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan MTHQK yang telah dipengerusikan bersama oleh YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah JAKIM.

Turut hadir sama dalam mesyuarat ialah YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Hal Ehwal Agama), YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Wakil-Wakil Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, urus setia JAKIM dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta wakil-wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR