PROGRAM KHAS PERLIS HEBAT SIHAT MILIK SEMUA
Tarikh : 25 November 2024 (Isnin)
Lokasi : Istana Arau, Perlis
Lokasi : Istana Arau, Perlis
DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, telah berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Turut berangkat bersama DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan pengurniaan Watikah Pelantikan dan menyaksikan lafaz ikrar sumpah oleh lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Perlis bagi memperbaharui tempoh perkhidmatan masing-masing sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis.
ADUN yang dilantik ialah YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, (AMMK), YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan (AMMK), YB Tuan Asrul Aimran bin Abd Jalil (AMMK), YB Tuan Izizam bin Ibrahim (AMMK), YB Tuan Haji Razali bin Saad (AMMK), YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, (AMMK), YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim, (AMMK) dan YB Datin Marzita binti Mansor, (AMMK)
Hadir bersama ke istiadat angkat sumpah berkenaan, Y.A Dr. Arik Sanusi Bin Yeop Johari, Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

