PROGRAM KHAS PERLIS HEBAT SIHAT MILIK SEMUA

Tarikh : 23 November 2024 (Sabtu)

Lokasi : Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis telah hadir ke Program Khas Perlis Hebat Sihat Milik Semua ke arah Perlis Sihat Sejahtera 2030 bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama dalam program ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) dan YBrs. Dr Ghazali bin Chik, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis bertemakan Budayakan Hidup sihat ke arah Perlis Sihat Sejahtera 2030 telah berlangsung di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis dan sekitarnya.

Program yang diadakan ini bertujuan meningkatkan Amalan Gaya Hidup Sihat agar masyarakat Negeri Perlis (Khususnya Penjawat Awam) Kekal Sihat, Sejahtera dan Produktif dengan misi untuk menurunkan prevalen faktor risiko kesihatan dalam kalangan penduduk Negeri Perlis.

Bagi merealisasikan Perlis Sihat Sejahtera 2030, penjawat Awam di Negeri Perlis haruslah berusaha untuk membudayakan hidup sihat berpaksikan teras dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat dan mengambil Inspirasi dari pelancaran Inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera yang telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 28 September 2024 yang lalu.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Funrobik Mega, 3km Fun Walk, Saringan Kesihatan, Saringan Minda Sihat, Pemeriksaan Pergigian, Ujian Kecergasan, Pameran Interaktif dan Zon Kanak-Kanak serta Reruai oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

YB Penasihat Undang-undang Negeri Perlis telah merasmikan Program Khas Perlis Sihat Milik semua dan Pelancaran Kempen War On Sugar Peringkat Negeri Perlis.

Hadir sama dalam program ini, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan, Ahli-ahli keluarga penjawat awam dan Urus setia Program Khas Perlis Sihat Milik semua serta wakil-wakil yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR