SIMPOSIUM GURU AGAMA DAN MAJLIS PENGANUGERAHAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI PERLIS TAHUN 2024

Tarikh : 19 November 2024 (Selasa)

Lokasi : Dewan Warisan, Kangar, Perlis.

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat menyempurnakan Perasmian Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2024 bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis.

Turut hadir bersama dalam majlis YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK) dan YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2024, merupakan inisiatif yang penting dalam mengukuhkan peranan guru agama di Negeri Perlis. Diterajui oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis, majlis ini mengiktiraf komitmen dan sumbangan guru-guru agama yang telah memberi perkhidmatan dalam menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat dengan penuh dedikasi.

Simposium ini juga bertujuan untuk menyediakan platform kepada para guru agama untuk mendalami isu-isu semasa, berbincang, serta berkongsi amalan terbaik dalam menyampaikan dakwah yang berkesan. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan gimik perasmian serta melancarkan buku terbaru Jabatan Mufti Negeri Perlis dan menganugerahkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis kepada guru agama yang berkenaan.

Hadir sama dalam simposium ialah Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Encik Khairulanuar bin Ahmad, Pengarah, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Guru-guru Agama Negeri Perlis serta wakil-wakil jabatan yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR