MAJLIS SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS, ANAK YATIM DAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) 2024

Tarikh : 19 November 2024 (Selasa)

Lokasi : Mes Pegawai Kanan PDRM Kangar, Perlis

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sumbangan Kepada Warga Emas, Anak Yatim Dan Orang Kurang Upaya (OKU) 2024 di Mes Pegawai Kanan PDRM Kangar, Perlis.

Turut hadir bersama dalam majlis ini YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Husin bin Md Tahak, Presiden Jemaah Dato’-Dato’ Perlis (JDDPs), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK), YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Jemaah Dato-Dato Perlis.

Majlis diadakan bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan terutamanya Warga Emas, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan keperluan harian mereka. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian serta mengurniakan sumbangan kepada Warga Emas, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang hadir.

Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Warga Emas, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR