MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN JUNIOR AIRED DAN MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRASFORMASI INTELEK PELAJAR PERLIS (TRIPs) SPM 2024

Tarikh : 19 November 2024 (Selasa)

Lokasi : Dewan Seri Anggerik, Hotel Seri Malaysia, Kangar

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran Junior AiREd Dan Majlis Penutupan Program Trasformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) SPM 2024. Turut berangkat bersama ke majlis ini DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pendidikan), YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin bin Hussin, Pengerusi, Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK).
Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) bersama Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah menganjurkan Majlis Perasmian Pelancaran Junior AiREd Dan Majlis Penutupan Program Trasformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) SPM 2024.
Pelancaran Junior AiREd adalah untuk memberikan pendedahan awal 'AI' dan Robotik kepada para murid dalam usaha membantu anak-anak Perlis memacu teknologi pada usia muda. Sasaran penglibatan kelab ini melibatkan murid-murid tahap dua (2) iaitu murid tahun 4 dan tahun 5 yang akan disertai oleh 100 orang murid dari sepuluh (10) buah sekolah rendah yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Junior AiREd serta mengurniakan watikah pelantikan kepada Ketua Jurulatih Junior AiREd.
Majlis Penutupan Program Trasformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) SPM 2024 diadakan bertujuan sebagai satu sokongan kepada sekolah dan para murid tingkatan 5 bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2024. Program TRIPs fasa satu (1) telah diadakan pada bulan ogos 2024 yang lepas dengan penglibatan 250 pelajar dari 17 buah sekolah dan fasa dua (2) seramai 259 orang murid dari lapan buah sekolah.
Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai Kanan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Pengetua-pengetua Sekolah, Guru-guru Besar Sekolah Junior AiREd, Rakan-rakan strategik FCoEE, Ibu Bapa dan Pelajar-pelajar dan urus setia, Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE).
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR