SESI LIBAT URUS RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (SLU RMK13)
Tarikh : 18 November 2024 (Isnin)
Lokasi : Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis
Lokasi : Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis
YB Tuan Mohd Rafizi bin Ramli, Menteri Ekonomi telah hadir ke Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (SLU RMK13) bertempat di Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis. Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK) serta YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.
Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (SLU RMK13) ini telah dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis. Kementerian Ekonomi telah memulakan jelajah SLU RMK13 ke seluruh Malaysia bermula Oktober 2024. SLU RMK13 ini merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam membuat hebahan mengenai penyediaan dokumen RMK13, mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi dalam aspek pembangunan sosioekonomi serta mendapatkan input mengenai keperluan pembangunan di setiap negeri.
Hadir sama dalam sesi libat urus YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBhg. Dato’ Ts. V Valluvan a/l Veloo, Pengarah Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan TeknologiKementerian Ekonomi, YBrs. Dr. Ravikumar a/l Suppiah, Timbalan Pengarah (Pembangunan Koridor) Bahagian Pembangunan Wilayah Kementerian Ekonomi, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan, Urus setia Kementerian Ekonomi dan BPEN serta wakil -wakil jabatan yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

