ISTIADAT KONVOKESYEN KE-19 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Tarikh : 09 November 2024 (Sabtu)

Lokasi : Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Perlis

DYTM Tuanku Cancelor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-19 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Perlis.
Turut hadir bersama dalam Istiadat YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Cancelor, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), YBhg. Tan Sri Dato' Sri Sufri bin Hj. Mhd Zin, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP dan YBhg Dato’ Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Istiadat Konvokesyen Ke-19 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan diadakan sebanyak lapan sidang selama empat hari bermula pada 09 November hingga 12 November 2024 dengan menyaksikan seramai 3,298 bakal menerima diploma dan ijazah masing-masing.
Daripada jumlah itu, seramai 82 adalah graduan Doktor Falsafah, 89 graduan Sarjana Sains, 14 graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, 1,149 graduan Sarjana Muda Kejuruteraan, 514 graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, 109 graduan Sarjana Muda Teknologi, 515 graduan Sarjana Muda Perniagaan, 185 graduan Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu, 421 graduan Diploma Kejuruteraan, 220 graduan Program Profesional.
Hadir sama pada Istiadat konvokesyen ini ialah YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Ahmad Tarmizi bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian, Pengurusan Majlis, Protokol dan Istiadat, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UniMAP, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua Jabatan UniMAP, Para Siswazah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Ibubapa serta urus setia Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR