MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PSIKOLOGI MADANI PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2024 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 28 Oktober 2024 (Isnin)

Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri

YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) mewakili YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Konvensyen Psikologi Madani Bagi Tahun 2024, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama Encik Azmi bin Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Cik Jaslinda binti Mohamad Jasmi, Pegawai Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Konvensyen Psikologi Madani Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 telah dianjurkan oleh Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 28 Oktober 2024 bertempat di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Bertemakan "Kesejahteraan Minda dan Kewangan; Mengurus Tekanan, Mencapai Keseimbangan."

Konvensyen Psikologi ini diadakan bersempena Bulan Kaunseling Kebangsaan yang disambut pada setiap bulan Oktober. Objektif utama penganjuran konvensyen ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan serta kefahaman para peserta tentang kepentingan memiliki kesejahteraan dan kecerdasan psikologi yang baik, pengurusan kewangan yang cekap, isu-isu kesihatan mental serta implikasinya jika tidak disantuni dengan efisien. Ia juga bertujuan untuk menyuburkan amalan nilai murni perkhidmatan secara bersepadu melalui tadbir urus organisasi dan tadbir urus insan yang berkesan.

Terdahulu sebelum itu telah berlansungnya Bicara Psikologi, Sesi Pocket Talk serta Forum Psikologi yang bertajuk “Bertindak Segera Harapan Terbina”. Forum telah dikendalikan oleh moderator Puan Wan Nurul Hanani binti Wan Umar, Pegawai Perhubungan Awam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, dan ahli-ahli panel YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, Imam Besar Negeri Perlis, ASP Tengku Nooraziela binti Tengku Mohzar, ASP Risikan Operasi JSJK, (PDRM) dan Tuan Mohammad Razif bin Ab. Rased, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM.

Hadir sama dalam majlis perasmian ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan dan Agensi, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan, Peserta dan Urus setia Konvensyen Psikologi Madani Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR