MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN WOODBALL TERBUKA PERLIS DAN SIRKIT KEBANGSAAN SIRI 4 TAHUN 2024 DAN LIGA WOODBALL PIALA TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA DAN PIALA PRESIDEN PERSATUAN WOODBALL NEGERI PERLIS TAHUN 2024
Tarikh : 27 Oktober 2024 (Ahad)
Lokasi : Dewan Sri Kayangan, Kolej Matrikulasi Perlis
Lokasi : Dewan Sri Kayangan, Kolej Matrikulasi Perlis
DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Woodball Terbuka Perlis Dan Sirkit Kebangsaan Siri 4 Tahun 2024 Dan Liga Woodball Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra Dan Piala Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis Tahun 2024. Turut berangkat bersama ke majlis ini DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama dalam majlis ini ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan).
Persatuan Woodball Negeri Perlis telah menganjurkan Kejohanan Woodball Terbuka Perlis dan Sirkit Kebangsaan Siri 4 Tahun 2024 yang telah berlangsung pada 25 Oktober hingga 27 Oktober 2024 melibatkan penyertaan seramai 223 peserta merangkumi 19 pasukan.
Terdahulu sebelum itu telah diadakan Liga Woodball Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra Tahun 2024 yang telah disertai sebanyak 54 pasukan yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan di Negeri Perlis. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah menjuarai Liga Woodball Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra Tahun 2024. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pasukan-pasukan woodball yang terlibat serta wakil-wakil yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

