MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Tarikh : 27 Oktober 2024 (Ahad)

Lokasi : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Turut berangkat bersama ke majlis ini DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama dalam majlis YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, dan YBrs. Dr. Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin meraikan seramai 1,155 graduan lulusan Diploma, Asasi dan Sijil dalam pelbagai jurusan TVET yang telah tamat pengajian bagi tahun 2023 dan 2024. Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin diadakan sebanyak tiga sidang, bermula 27 Oktober 2024 dan akan berakhir 28 Oktober 2024.

Terdapat empat anugerah utama diberikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Ini. Anugerah tersebut ialah, Anugerah Diraja, Anugerah Khas Ketua Pengarah, Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum, dan Anugerah Pengarah. Pelajar Lok Mee Wan telah menerima tiga anugerah iaitu Anugerah Diraja, Anugerah Pengarah, dan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum manakala seorang pelajar yang bernama Ooi Wei Yuan menerima dua anugerah iaitu Anugerah Pengarah Dan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum.

Hadir sama pada Majlis konvokesyen ini Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Graduan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ibu bapa dan Urus Setia Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR