PROGRAM INSPIRASI ROHANI VI: "KEMULIAAN AKHLAK MEMBENTUK KESEMPURNAAN IMAN"

Tarikh : 25 Oktober 2024 (Jumaat)

Lokasi : Bilik Seminar, Aras 2, Blok Fasiliti, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Program ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan telah diadakan di Bilik Seminar, Aras 2, Blok Fasiliti, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Ceramah yang bertajuk "Kemuliaan Akhlak Membentuk Kesempurnaan Iman" telah disampaikan oleh Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Program bersiri ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan penjawat awam tentang nilai-nilai murni dan integriti dalam perkhidmatan awam di samping mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, sejahtera serta berintegriti dalam aspek kognitif, emosi, spiritual serta tingkah laku demi kecemerlangan organisasi.

Turut hadir bersama dalam program ini Pegawai-pegawai kanan serta Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR