MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Tarikh : 20 Oktober 2024 (Ahad)

Lokasi : Dewan Semarak, UiTM Arau, Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Perasmian Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Negeri Perlis di Dewan Seri Semarak, UiTM Arau, Perlis. Turut hadir bersama YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau), YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha, (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs. Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan Sains, Teknologi Dan Inovasi, MOSTI serta YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim bin Mohd Fauzi, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Perlis.

Karnival Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Negeri Perlis telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis selaku agensi pelaksana dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bermula pada 20 hingga 21 Oktober 2024. YAB Menteri Besar Perlis telah menyempurnakan gimik perasmian Karnival Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Negeri Perlis serta dibawa melihat Pameran Reruai.

Penganjuran Karnival Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Negeri Perlis bertujuan adalah untuk meraikan kepelbagaian teknologi dan inovasi di Negeri Perlis dan juga memberi peluang kepada penggerak dan pengamal Sains Teknologi dan Inovasi (STI) tempatan untuk mengetengahkan teknologi dan inovasi mereka kepada seluruh rakyat Perlis.

Minggu Sains Negara merupakan platform yang amat sesuai dalam memperkenalkan teknologi baharu dan inovasi di samping mencungkil bakat serta berupaya menarik minat rakyat setempat khususnya golongan sasar yang terdiri dari kalangan pelajar dan belia dalam bidang sains dan teknologi moden.
Hadir sama dalam majlis ini Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pejabat SUK Perlis, MOSTI dan UiTM, Pelajar-Pelajar Sekolah dan Universiti serta Urus setia Karnival Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Negeri Perlis.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR