Sambutan Ketibaan Pelumba Petronas Le Tour De Langkawi (LTDL) 2024

Tarikh : 29 September 2024 (Ahad)

Lokasi : Kompleks Kemudahan Pelancongan Kuala Perlis, Kuala Perlis

Le Tour de Langkawi 2024 bakal berlangsung mulai 29 September hingga 6 Oktober 2024. Acara berbasikal terulung ini menjanjikan satu minggu persaingan yang sengit berlatarkan landskap Malaysia dan Langkawi yang menakjubkan dan dengan kehadiran para penunggang basikal daripada pasukan elit UCI World Teams dan UCI Professional Continental akan mengharungi pelbagai peringkat yang mencabar.

Ketibaan Para Penunggang Le Tour De Langkawi di Kuala Perlis telah disambut oleh YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, Exco Kemajuan Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Encik Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis dan Encik Ahmad Tarmizi bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian, Pengurusan Majlis, Protokol dan Istiadat.

Sambutan Ketibaan ini adalah bagi menyambut pelumba Le Tour De Langkawi dalam mempromosikan majlis pelepasan Le Tour De Langkawi Tahun 2024, Peringkat Kedua (2) pada 30 September 2024 di Arau, Perlis serta mempromosikan tahun melawat Perlis 2024-2025. Jom beramai-ramai ke Pelepasan LTDL peringkat kedua dari Arau ke Butterworth sejauh 154.4km.

Turut hadir bersama wakil-wakil Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis (JKKN), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis (MOTAC), Jabatan Laut Malaysia Negeri Perlis serta semua wakil jabatan yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR