Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024

Tarikh : 30 Ogos 2024 (Jumaat)

Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024. Turut berangkat bersama anakanda baginda YAM Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Bertemakan hari Kemerdekaan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” yang merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.

Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis pada kali ini dimeriahkan dengan persembahan-persembahan yang menarik antaranya, Persembahan Tarian dan Nyanyian Pelajar Sekolah, Penampilan Khas Artis Terkenal, Persembahan Brass Band daripada UiTM Perlis, Persembahan Koir, Persembahan Pantomim Kemerdekaan oleh PDRM, Pertunjukan Kawad Senyap oleh TLDM serta Perbarisan dan Perarakan yang melibatkan 66 buah kontinjen dari pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta.

Persembahan istimewa yang dibawakan khas untuk rakyat Negeri Perlis iaitu perarakan dua (2) ekor gajah yang akan mengiringi Atlet Sukma Perlis yang telah memenangi pingat emas di SUKMA Sarawak.

Majlis ini diakhiri dengan laungan Ambang Merdeka seterusnya menaikkan Jalur Gemilang dan Nyanyian Lagu Negaraku tepat jam 12.01 tengah malam beserta pertunjukan bunga api. Seramai 45, 000 rakyat negeri Perlis telah hadir menyaksikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024.
Tahniah diucapkan kepada Puan Alma' Nur Salsabila binti Alias dari Beseri Perlis, kerana telah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 dengan memenangi sebuah skuter elektrik Tailg Ebixon Bold.

Turut hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Para Peserta Kontinjen Pembarisan dan Perarakan, Urus setia Program Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta pelbagai lapisan rakyat Negeri Perlis.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR