Balingan Rizad Azri Berjaya Meraih Pingat Perak Ke-13

Tarikh : 23 Ogos 2024 (Jumaat)

Lokasi : SUKMA 2024

Atlet Olahraga ini bagi kategori balapan, acara Baling Tukul Besi Lelaki, Rizad Azri telah berjaya memperolehi pingat Perak yang ke-13 buat Kontinjen Perlis setelah membuat balingan sejauh 48.70m pada aksi sebelah pagi sebentar tadi.

Ini merupakan pingat kedua secara peribadi beliau setelah menghadiahkan pingat gangsa untuk acara Lempar Cakera Lelaki pada hari Rabu yang lalu. Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat rakan-rakan yang lain untuk terus maju dan mencapai kejayaan demi Perlis kerana Temasya Sukma Sarawak 2024 ini hanya berbaki dua hari sahaja lagi.

Tahniah dan syabas Rizad Azri atas aksi dan kesungguhan yang anda lakukan demi Negeri Perlis.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR