Program Inspirasi Rohani II: “Amanah Dan Tanggungjawab... Lari Atau Pikul?”

Tarikh : 23 Ogos 2024 (Jumaat)

Lokasi : Bilik Seminar, Aras 2, Blok Fasiliti, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Program ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan telah diadakan di Bilik Seminar, Aras 2, Blok Fasiliti, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Ceramah yang bertajuk "Amanah dan Tanggungjawab.. Lari atau Pikul" telah disampaikan oleh oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Program bersiri ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan penjawat awam tentang nilai-nilai murni dan integriti dalam perkhidmatan awam di samping mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, sejahtera serta berintegriti dalam aspek kognitif, emosi, spiritual serta tingkah laku demi kecemerlangan organisasi.

Hadir sama dalam program ini Pegawai-pegawai kanan dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR