Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Terhadap YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 30 Julai 2024 (Selasa)

Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan serta membincangkan cadangan penubuhan Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis (ANMNPs) susulan DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah menzahirkan agar ANMNPs dapat ditubuhkan di Negeri Perlis.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Encik Ariffin bin Samsudin, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, ANM, Encik Nik Man bin Nik Soh, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/ Perlis, Encik Nazrulizam bin Kamaruddin, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Puan Nuur Zawani Binti Shaari, Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR