Aktiviti Team Building Perahu Panjang Kontinjen Kawad Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 27 Julai 2024 (Sabtu)

Lokasi : Sungai Lencongan Banjir Barat, Kampung Wai, Kuala Perlis

Kontinjen Kawad Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan Aktiviti Team Building Perahu Panjang di Sungai Lencongan Banjir Barat, Kg.Wai, Kuala Perlis. Aktiviti tersebut diadakan bersama Persatuan Kanu Perlis dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis.

Aktiviti Team Building ini telah sertai seramai 19 orang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah bagi meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan peserta kontinjen Kawad. Sebelum aktiviti dijalankan, sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh Persatuan Kanu Perlis.

Turut hadir sama dalam aktiviti ini Cik Mawar binti Awang, Setiausaha Dewan, Bahagian Dewan Undangan Negeri Perlis dan MMK, Encik Ts. Mohd Anwar bin Sahul Hameed, Penolong Setiausaha, Bahagian Dewan Undangan Negeri Perlis dan MMK, Encik Mohammad Hazraf Khan bin Hakim Khan, Encik Sham bin Husin, Ketua Jurulatih Persatuan Kanu Perlis, Encik Rifaie bin Fazil, Setiausaha Kehormat Persatuan Kanu Perlis, Encik Saifol Muzafar bin Mohamad, Jurulatih Perahu Panjang/Tenaga Pengajar IKBN Kuala Perlis dan peserta kontinjen kawad Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR