Majlis Perasmian Pesta Buku Perlis Dan Karnival Membaca 2024

Tarikh : 25 Julai 2024 (Khamis)

Lokasi : Auditorium Perpustakaan Awam Kangar, Perlis

YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Majlis Perasmian Pesta Buku dan Karnival Membaca 2024 di Perpustakaan Awam Kangar Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis YB Tuan Rus'sele Bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Encik Ali bin Rashid, Pengarah, Perpustakaan Cawangan dan Komuniti, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mewakili Ketua Pengarah PNM dan Ahli Yang Berhormat.

Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca 2024 merupakan salah satu aktiviti galakan membaca yang dijalankan sepanjang tahun oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Karnival ini akan berlangsung selama 5 hari bermula 24 Julai 2024 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Perkarangan Perpustakaaan Awam Negeri Perlis.

Tujuan diadakan Karnival ini adalah bagi menggalakkan penduduk Negeri Perlis untuk datang ke perpustakaan dan sekaligus mempromosikan perkhidmatan perpustakaan serta dapat memperkenalkan buku terbitan baharu dari dalam dan luar negara dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh orang ramai. Karnival ini juga dapat menjalinkan kerjasama pintar antara perpustakaan dan lain-lain organisasi dalam menjalankan program dan aktiviti galakan membaca.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dengan menyempurnakan gimik pelancaran dan seterusnya menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada para pemenang.

Hadir sama dalam majlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Guru Besar dan Pengetua serta pengunjung Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca 2024.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR