Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PlanMalaysia Terhadap YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Tarikh : 24 Julai 2024 (Rabu)
Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. TPr. Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia.
Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan serta membincangkan cadangan calon yang dikemukakan bagi jawatan Pengarah PLANMalaysia Negeri Perlis.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Encik Azmi bin Abdul Latip, Setiausaha Bahagian, Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Encik Shahrul Azam bin Shaari, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan PLANMalaysia, Puan Muazah binti Radzuan, Penolong Pengarah, Seksyen Sumber Manusia PLANMalaysia serta Encik Syed Mohd Zhubir bin Syid Zin, Penolong Pengarah, Seksyen Sumber Manusia, PLANMalaysia.

