Majlis Flag Off Usahawan Perlis Ke Malaysia Fest Singapura 2024

Tarikh : 22 Julai 2024 (Isnin)

Lokasi : Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar Perlis

YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir Majlis Flagoff Usahawan Perlis Ke Malaysia Fest Singapura 2024 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis ini YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian, Perladangan & Industri Makanan), YBrs. Encik Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis serta Puan Siti Fatimah binti Adnan, Pengerusi Lembaga Syarikat PMA Rich (M) Sdn. Bhd.

Malaysia Fest Singapura adalah program anjuran Mega Xpress International Pte. Ltd dengan kerjasama KPKM menerusi FAMA akan berlangsung pada 25 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Singapore Expo Hall 5A & 5B. Program ini berkonsepkan pameran perdagangan dan pengguna yang dikhususkan untuk mempromosikan produk keluaran Malaysia seperti Produk Agro Makanan, Pakej Pelancongan, Produk Kesihatan , Fesyen, Produk Kecantikan dan Makanan Unik Negeri-Negeri di Malaysia.

Flagoff Usahawan Perlis Ke Malaysia Fest Singapura 2024 telah dilepaskan oleh YB Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Pengarah FAMA Negeri Perlis dan Wakil Syarikat PMA Rich (M) Sdn. Bhd. Negeri Perlis akan diwakili oleh Syarikat PMA Rich (M) Sdn Bhd yang memasarkan Produk Aiskrim di bawah jenama MOKTI'S. Antara produk-produk MOKTI'S ke Malaysia Fest adalah Ais Krim Harumanis, Ais Krim Perlis, Ais Krim Durian, Ais Krim Palit (Roti Susu - Ais krim Scoop) dan pelbagai perisa Ais Krim.

Hadir sama dalam majlis ini YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Pegawai-Pegawai FAMA Negeri Perlis serta Pegawai-Pegawai Syarikat PMA Rich (M) Sdn. Bhd.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR